OBJEKTIF PEMBINAAN SURAU CENDERAWASIH


A. OBJEKTIF KEPERLUAN SURAU


Surau adalah wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jemaah, aktiviti keagamaan, tempat perkongian ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Dengan komposisi 40% penduduk muslim, dan menyedari peranan sebuah surau dalam sebuah komuniti muslim, para penduduk Islam telah bermesyuarat buat kali pertama pada 1 Mac 2014 dan bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dalam  usaha memulakan pembinaan sebuah surau di Taman Cenderawasih.

Antara objektif utama pembinaan surau dikenalpasti adalah berfungsi sebagai:


  • Pusat solat jemaah dan kegiatan agama
  • Kelas mengaji dan fardhu ain
  • Pusat kegiatan masyarakat (rakan surau)
  • Pengurusan khairat kematian
  • Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian
  • Dan lain-lain
  • B. RASIONAL

    • Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa.
    • Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk semangat perpaduan/ukhuwah di kalangan penduduk .
    • Tapak surau telah digazetkan di bawah kuasa Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di kawasan strategik di jalan masuk ke Taman Cenderawasih dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.
    • Surau-surau terdekat adalah terletak di taman perumahan lain yang berjauhan, manakala masjid terdekat adalah di Masjid Angsamas (2 km) dipisahkan jalan besar ke Bandar Rantau dan Masjid Kariah Mambau (3 km) dipisahkan jalan besar ke Bandar Seremban 2.  Atas faktor-faktor  keselamatan boleh menimbulkan kesukaran dan kebimbangan terhadap jemaah kanak-kanak dan golongan wanita untuk menyertai sebarang aktiviti keagamaan.
    • Taman Cenderawasih ialah sebuah taman perumahan baru dalam suasana Taman Perumahan.

    Comments

    Popular Posts